Heboh tentang keputusannya mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla baru-baru ini, Syasya tular di media sosial kerana imej terbaharunya yang didakwa telah mengenakan hijab.

Lengkap Tutup Aurat

Menerusi klip video pendek yang tersebar di aplikasi Tiktok, dapat dilihat seorang individu yang didakwa sebagai Syasya lengkap berpakaian menutup aurat dirakam dalam sebuah kereta oleh seorang wanita yang dipercayai ahli keluarganya.
@nur.syalina akhirnya muncul jgk dia? semakin cantik Syasya??? #syasyadolla #dollaofficial #dolla #raya2024 ♬ Ketipak Ketipung Raya - Aisha Retno & Aziz Harun

Netizen Beri Pujian

Susulan penularan entri tersebut, rata-rata warganet memuji kecantikan penyanyi itu mengenakan hijab dan dalam pada itu ada juga segelintir menunjukkan sokongan terhadap perubahan yang ditunjukkan.

“Cantiknya Syasya bertudung,”

“Minat dan bakat itu kadang-kadang bukan sekadar anugerah tapi juga ujian. Alhamdulillah moga istiqamah, ayunya,”

“Harap Syasya kekal untuk beristiqamah,”

“Ni penghijrahan yang bagus.”

Isnin lalu, Syasya atau nama sebenarnya Noor Syasya Afigah Shahrizal, 23, membuat keputusan keluar daripada Dolla atas sebab peribadi.

Bagaimanapun hubungan Syasya bersama tiga lagi anggota iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia berkata "Walaupun kami berasa berat hati menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendirian beliau dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Syasya," katanya.

Terdahulu Dolla sebelum ini merupakan pemenang bagi kategori Lagu Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 menerusi lagu Bad.

BERITA TRENDING: Syasya Umum Keluar Dolla Atas Sebab Peribadi

BERITA TRENDING: DOLLA Bawa Nama Negara Ke China Menerusi Show It All - “Kami Berbesar Hati Mewakili Malaysia"

Sumber: TikTok