Hiburan
Syasya Umum Keluar Dolla Atas Sebab Peribadi
Anggota kumpulan Dolla, Syasya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.
Berita tersebut diumumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Dolla sebentar tadi.
Difahamkan Syasya atau nama sebenarnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, membuat keputusan tersebut atas sebab peribadi.
“Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan anda semua.
“Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan yang Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli DOLLA di atas sebab peribadi,” tulis kenyataan itu.
Bagaimanapun hubungan Syasya bersama tiga lagi anggota iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel berada dalam keadaan baik.
“Hubungan kami berempat sangat erat, kami masih menganggap Syasya sebagai adik dan kami akan terus memberikan sokongan terhadapnya.
“Kami tetap akan memberikan komitmen yang penuh untuk teruskan perjalanan DOLLA dan terus berusaha untuk berikan yang terbaik untuk peminat dan rakan media yang telah menyokong DOLLA selama ini.
“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penghargaan kami terhadap sokongan anda semua sepanjang kerjaya DOLLA setakat ini, serta kata-kata semangat untuk kami kekal berjuang.
“Kami berharap kami akan tetap melangkah jauh di perialanan kami bersama,” maklum kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia berkata: “Walaupun kami berasa berat
hati menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendirian beliau dan
sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Syasya," katanya.
Terdahulu Dolla sebelum ini merupakan pemenang bagi kategori Lagu Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 menerusi lagu Bad.
ARTIKEL BERKAITAN: DOLLA Bawa Nama Negara Ke China Menerusi Show It All - “Kami Berbesar Hati Mewakili Malaysia"
ARTIKEL BERKAITAN: Kos Ratusan Ribu Ringgit, Ini Fakta Menarik Tentang Album Sulung Dolla New Classic!
Must-Watch Video