Berita

“Past Is Past, Semua Orang Buat Silap..”- Kembali Buka Ruangan Komen IG, Izreen Azminda Balas Satu Persatu

gempak
Syafiqah Jalal
02/04/2020
03:07 MYT
Sponsor Banner
“Past Is Past, Semua Orang Buat Silap..”- Kembali Buka Ruangan Komen IG, Izreen Azminda Balas Satu Persatu
Selepas beberapa tahun menutup ruangan komen di Instagram (IG), pelakon Izreen Azminda kembali membukanya semalam.
Menurut Izreen, ruangan komen itu dibuka bagi memberi peluang pengikutnya mempromosikan jualan mereka.
“Sempena saya dah buka komen ni, esok saya nak bagi peluang kepada peniaga online.
“Korang promote la barang-barang korang. Semoga murah rezeki kamu semua,” tulisnya. Izreen berkongsi perkara tersebut di IG Story miliknya.
Manakala entri pertama yang dibuka ruangan komen itu mendapat respon positif dari peminatnya. Rata-rata gembira dengan tindakkannya membuka ruangan komen.
“Rindunya kak Izreen, berlakon balik okay…makin cantik!
“Dah lama nak komen ni baru dpaat,just nak ucap tahniah dapat baby haritu comel!.
“Semua komen Izreen balas. Dah buka komen. Past is past, semua orang buat silap kan...,” antara komen yang diturunkan.
Semua komen mendapat respon dan komen dari Izreen yang membalas satu persatu.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza, pada 2012. Namun, mereka berpisah dua tahun kemudian.
Melalui perkahwinan pertama, Izreen dikurniakan anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang sudah berusia lima tahun.
Izreen kemudian berkahwin dengan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid, 31, pada 8 Ogos 2017.
Namun, pernikahan mereka menimbulkan kontroversi kerana Ude ketika itu berstatus suami orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live