Bintang Big Stage, Farisha Iris meluahkan kekesalannya berhubung pemilihan ayat pertuturan finalis program berkenaan iaitu Azzam Sham sewaktu tampil menerusi program MeleTOP baru-baru ini.

Farisha menerusi laman Twitter miliknya secara ringkas memberi bayangan seolah-olah terasa dengan perbuatan itu melalui laman Twitter dengan kapsyen "Terima Kasih" beserta sedutan video daripada program itu.

Bagaimanapun lain pula impaknya apabila pengguna Twitter tidak sependapat dengan Farisha.

Menerusi beberapa ciapan di ruangan Twitter miliknya, rata-ratanya meminta Farisha bersikap lebih profesional memandangkan wanita itu merupakan seorang selebriti.




Farisha bagaimanapun memberitahu dia tidak menyimpan dendam sebaliknya hanya berasa sedih kerana tidak menyangka ayat berkenaan keluar dari mulut sahabat Big Stage sendiri.
Terdahulu, Farisha mendakwa pemilihan ayat Azzam sewaktu program berlangsung didakwa tidak manis untuk diperkatakan secara umum.

Farisha Iris tersingkir pada minggu separuh akhir apabila mendapat markah terendah dan berada di tangga tiga terbawah bersama Qody Rany dan Dinie Rashid.

Pentas final Big Stage 2020 akan berlangsung pada Ahad malam dengan lima peserta lelaki akan berentap mendapatkan gelaran juara musim ini.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.