gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tiada Gosip Liar, Azza Elite Mengaku Tak Pernah Ada Hubungan Dengan Mana-Mana Selebriti - “Sila Percaya, Semua Ini Benar Belaka”
HIBURAN
Usia Bukan Halangan! Farahdhiya Yakin Jodoh Akan Tiba Pada Tepat Waktu - “Masih Lagi Ada Harapan…”
VIRAL
Rakan Sahkan Lelaki Kurang Siuman Yang Tular Adalah Bekas Pemain Hoki Negara - “Jika Sesiapa Berdekatan Tolonglah Bantu Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

"Pasu Tu Bukan Di Tangan Saya, Tiba-Tiba Terhempas & Pecah" - Yana Samsudin

gempak
Amri Hassan
17/04/2023
07:54 MYT
Sponsor Banner
"Pasu Tu Bukan Di Tangan Saya, Tiba-Tiba Terhempas & Pecah" - Yana Samsudin
Pelakon Yana Samsudin tampil menjelaskan situasi sebenar membabitkan insiden pasu mewah milik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa dipecahkan ketika penggambaran sebuah program hiburan dua minggu lalu.
Jelas Yana, dia yang turut cedera terkena serpihan kaca pasu yang pecah ketika kejadian terbabit meminta orang ramai menilai sendiri situasi sebenar yang berlaku.
"Ini lah kejadian sebenar tiba tiba pasu yang di dakwa bernilai yang saya pecahkan di rumah Datuk Seri Aliff Syukri. Saya menghormati pelawaan pihak Astro untuk program Raya, menjadi pengacara selebriti beraya di rumah selebriti.
"Nasib baik saya ada simpan video ini. Saya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah. Tangan saya betul betul berdarah dan saya sendiri tak pasti macamana ia berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu tu.
"Korang boleh nilai sendiri, dalam video ini. Bukan saya yang jatuh kan pasu tu. Dari sudut mana saya pecah kan pasu itu, korang boleh nilai kan.
"Pasu tu bukan di tangan saya, tiba tiba terhempas dan jatuh pecah," ujarnya yang turut berkongsi video panjang berdurasi 3 minit di laman media sosialnya.
Dalam video berkenaan, Yana pada mulanya kaget melihat tangannya berdarah dan melutut untuk memohon maaf kepada Aliff Syukri.
Pada masa sama, ahli keluarga Aliff Syukri turut tercedera terkena serpihan pasu yang pecah pada ruang tamu kediaman mewah usahawan selebriti itu.
Aliff Syukri terus meninggi suara dan meminta individu yang berada di dalam kediamannya untuk menghentikan rakaman. Pada masa sama, Yana dan suami, Fadzil Zahari cuba memujuk Aliff dan terus memohon maaf susulan insiden berkenaan.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Aliff Syukri dan Fadzil kelihatan hampir bertumbuk disebabkan pergeseran yang berlaku.
View this post on Instagram
A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)
Sementara itu, kata Yana lagi, segala yang terjadi bukan sengaja direka untuk tujuan kandungan sosial media.
"Seandai nya apa dakwaan saya terlibat dalam konten atau nak kenakan saya untuk content semata mata. Perkara ini adalah di luar pengetahuan / tanggungjawab saya.
"Nilailah sendiri, dakwaan yang dilemparkan kepada saya," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Yana Samsudin
#Aliff Syukri
#Pasu
#Pecah
Must-Watch Video