Pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto dirinya tidak memakai baju dan memperlihatkan perutnya yang berotot.

Menerusi laman sosial Instagram, Zii Jia memuat naik dua keping foto tersebut untuk tatapan umum.

“Stay humble, stay focus, stay hungry #hidupakubagaimimpi,” tulis Zii Jia di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Zii Jia meraikan kejayaannya menewaskan pemain perseorangan Jepun yang berada di kedudukan pertama dunia, Kento Momota pada aksi separuh akhir menentang negara matahari terbit itu di Piala Sudirman yang berlangsung di Vantaa, Finland.

Sejurus selepas mempamerkan aksi cemerlang mengalahkan Momota, Zii Jia terus membuka baju dan melemparkannya pada penonton yang berada di kawasan atlet badminton Malaysia.

Kejayaan Zii Jia memberikan satu mata kemenangan pada Malaysia namun terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 menentang Jepun.

A post shared by Lee Zii Jia 李梓嘉 (@leeziijia)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan sokongan padu dan memberikan pujian kepada prestasi bertenaga Lee Zii Jia dan seluruh pasukan Malaysia yang berjaya meraih pingat gangsa dalam acara sukan berprestij itu.

Tidak hanya itu, ramai juga yang mengusik aksi buka baju Zii Jia sehingga memperlihatkan perut berototnya.

Stay muscle kuat-kuat,” komen seorang wargamaya.

Come back stronger! Piala Thomas dan Uber Cup kasi pecah,” sokong seorang wargamaya.

Eleh cakap je la nak tunjuk roti,” usik seorang wargamaya.

“Wahhh six paxk laaaa Lee Zii Jia,” ujar seorang wargamaya.

Dia post pulak gambar ni Masyallah,” kata seorang wargamaya.

Allahu, boleh buat wallpaper phone,” komen seorang wargamaya.

Congrats! Good luck untuk next game. Lain kali jangan buka baju ya, terkejut hahaha. Btw your 6 pack on point hahaha,” pesan seorang wargamaya.

“I need zam zam water to wash my eyes,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 280,000 tanda suka daripada rakyat Malaysia.

Zii Jia bersama skuad badminton negara akan berangkat ke Denmark esok bagi kejohanan piala Thomas dan Piala Uber yang dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober ini.