Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Norman Abdul Halim akan terus memberi perhatian terhadap isu berkaitan harta intelek menerusi tanggungjawab baru yang disandangnya dalam organisasi terbabit.
Memandang serius isu ini terutamanya membabitkan cetak rompak digital, isu berkaitan harta intelek akan diperjuangkan oleh pasukan baru yang menerajui FINAS.
"Isu berkenaan harta intelek dan hak cipta merupakan perkara yang sangat dekat dengan pemain industri. Menerusi kepimpinan baru, ia akan terus diperjuangkan dan pada masa yang sama, kita akan berusaha untuk mencari formula untuk melindungi perkara ini daripada serangan lanun cetak rompak.
"Sebenarnya, jika perkara ini diperincikan dan dihuraikan, banyak lagi isu dapat diperhalusi dan diteliti untuk mengatasi masalah yang ada," katanya.
Norman ditemui di majlis sidang media bersama Pengerusi Baharu FINAS di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS, Hulu Klang pada Rabu.
Hadir dalam sidang media yang sama ialah Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal yang menjalankan tanggungjawab sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Hassan Asbor Hassan Mutaat.
Tambah Norman, isu terbabit bakal dibincangkan dengan lebih mendalam lagi di mesyuarat ahli perbadanan yang diadakan dalam masa akan datang.
"Semestinya di mesyuarat ahli perbadanan yang akan datang, hal ini akan dibawa ke dalam mesyuarat.
"Kita akan perincikan lagi untuk merealisasikan hasil perbincangan ahli perbadanan kepada satu rancangan tindakan. Kita juga akan tetapkan satu jangka masa yang sesuai untuk mencapai objektif itu," katanya lagi.
Perlantikan Zakaria dan Norman yang berkuatkuasa pada 23 Mei lalu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Senarai keanggotaan Ahli Perbadanan yang telah dilantik oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia selaras dengan peruntukan di bawah Akta 244 untuk tempoh dua tahun bermula 23 Mei 2020 sehingga 22 Mei 2022.
Zakaria menggantikan Datuk Hans Isaac yang berkhidmat sejak April 2019.
BACA: Didakwa Dilantik Kerana Pengaruh Politik, Ini Jawapan Pengerusi Baharu FINAS
BACA: Netizen Pertikai Pelantikan Razak Mohaideen Sebagai Ahli Perbadanan, Ini Jawapan Pengerusi Baharu FINAS
Kamaruddin Razal
Fri May 29 2020
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).