Setelah melancarkan single pertamanya yang berjudul Rapsodi Jalanan pada tahun lepas, kini Pasya kembali melancarkan single terbarunya yang berjudul Arca.

Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi merupakan Naib Juara dalam program Mentor 7 dan merupakan protege kepada Aizat Amdan.

Single yang ditulis oleh Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Shaqiel Naufal ini mengisahkan tentang sebuah rasa cinta pada sesebuah ataupun sesuatu benda, objek atau boleh juga pada seseorang.


Jika kita sayangkan sesuatu atau seseorang, kita harus jaga dan belai ia dengan penuh rasa cinta seperti kita membuat arca. Seburuk mana pun kita buat pada arca tu, kita akan usaha sedaya upaya untuk mencantikkan arca tersebut.

"Single ini telah pun siap sepenuhnya sebelum ia diberikan kepada saya. Manakala proses pembikinan lagu ini mengambil masa selama dua jam sahaja.

"Harapan saya untuk single Arca ni agar kali ini pendengar lebih terbuka untuk menerima muzik dan bunyi yang baru dari saya dan dapat menilai kualiti vokal dalam lagu ini” jelas Pasya.

Arca edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 14 Ogos 2020.