Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Patut Nak Kahwin Tahun Depan, Tapi Hubungan Kami Dah Putus Minggu Lepas!” – Alif Muhaimin Ditinggal Kekasih

Fiza Kamarudin
25/11/2021 07:44 MYT
Baru berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati, pelakon Alif Muhaimin pasrah apabila hubungan cinta yang disulam berakhir minggu lalu.

Alif berkata, dia dan Sara Jasmin yang juga seorang pelakon menjalin hubungan cinta hampir lapan bulan.

“Kami putus hujung minggu lepas. Sedihnya, perpisahan kami cuma menerusi kiriman teks pesanan WhatsApp daripada Sara. Tak sempat nak bincang apa-apa.

“Jujurnya sangat terkejut dengan tindakannya sebab selama ini bukan main lagi cakap sayang gila dan seumpamanya.

“Tiba-tiba saya dapat mesej. Katanya, kami dah tak boleh jadi kawan dan beri pilihan untuk meneruskan hubungan atau tamatkan saja,” katanya.

Tambah juara Hero Remaja 2017/2018 itu lagi, dia berharap agar Sara bertemu dengan lelaki lebih baik yang mampu membimbingnya kelak.

“Ada hikmah semua ini berlaku. Tak apa lah…Saya tidak mahu ulas lebih lanjut, selebihnya saya simpan sahaja.

“Semoga dia bertemu dengan orang yang lebih baik,” katanya.

Bagi pelakon Marry Me Senorita itu, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus kepada karier terlebih dahulu.

Terbaharu, Alif kini sedang menjalani penggambaran untuk drama Sentuhan Jiwa, arahan Osman Ali dan diterbitkan syarikat produksi Nuansa Films.

“Makin murah pula rezeki selepas putus cinta ni,” katanya ketawa.
 
#Putus Cinta #Alif Muhaimin #Hero Remaja #Sara Jasmin