Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal Zizan Razak mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen selepas menulis komen berbaur jenaka lucah pada foto Jennie BLACKPINK baru-baru ini.

Zizan dalam nada berseloroh menulis komen pada foto bintang K-pop wanita itu mengusiknya dengan subjek 'boxer' merujuk kepada pakaian Jennie ketika itu.

"Nah sayang ni. Patutlah abang cari boxer abang tak jumpa. Sayang pakai rupanya.

"Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kena selam baru dapat" tulis Zizan.



Jennie terdahulu telah memuatnaik fotonya sempena kolaborasi bersama jenama pakaian antarabangsa Calvin Klein.

Meninjau komen di Twitter, rata-rata netizen dan peminat setia BLACKPINK, BLINKs mengutuk tindakan Zizan itu.


Bagaimanapun, komen terbabit telah dipadamkan dari Instagram Jennie.