,
Hiburan

"Patutlah Banyak Gambar Orang Saya Tak Kenal Muncul Di Timeline, Rupa-Rupanya..." - Kenapa Tu Aishah?

Asraf Aided
14/12/2018
08:07 MYT
Penyanyi dan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah mengatakan dia telah banyak mengikuti semula (follow back) pengikutnya di Instagram ketika mula-mula mendaftar akaun di laman sosial terbabit.
Menurut Aishah, pada mulanya dia tidak faham tentang sistem dan cara penggunaan laman sosial itu dan menyangka dia harus menekan butang 'follow back' untuk mengesahkan permintaan dari pengikutnya.
"Ketika mula-mula guna Instagram dahulu, saya memang kurang faham dengan cara penggunaannya, saya selalu mengikuti semula pengikut saya.
"Patutlah banyak gambar orang yang saya tak kenal muncul di timeline, rupa-rupanya saya dah 'follow back' ramai orang tanpa mengenali mereka.
"Lama kelamaan setelah diajar oleh anak saya, barulah saya faham yang saya tak perlu menekan butang 'follow back' itu," kata Aishah tertawa.
Aishah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Lagu dan Muzik Video Rasmi terbarunya yang berjudul Malar bertempat di Red Box Karaoke, The Gardens pada petang Rabu.
Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

gempak
05/08/2024
04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Laman Utama

Aishah Nafi Persendakan Kesengsaraan Rakyat Palestin - “Itu Bukan Satu Penghinaan…”

gempak
18/10/2023
00:55 MYT
Aishah jelaskan mengenai jawapannya melibatkan isu Gaza.