Betullah orang kata, manusia memang tak pernah puas. Yang dah kaya nak kaya lagi..Dah cantik, nak cantik lagi.

Pertemuan dengan Datin M di sebuah restoran pinggir kota baru-baru ini betul-betul buat Miss K teruja sebab sahabat jauh ini dah buka satu cerita tentang seorang artis cantik jelita.

Okay, untuk pengetahuan semua sahabat Miss K ni, memang suka buat rawatan kecantikan, nak ikat suami katanya.

Jadi cucuk vitamin C dan kolagen dah macam makanan untuk Datin M, sebab itulah kulit dia cantik gebu gebas!

Beberapa bulan lalu Datin M kata, dia terserempak dengan artis wanita popular di pusat rawatan yang biasa dia kunjungi. Menurut Datin M dia tak perasan pun muka artis itu pada mulanya kerana dia mengenakan niqab.

Bila Datin M masuk berjumpa pakar kecantikan yang juga teman baiknya itu, dia mula bertanya tentang wanita berniqab tadi kerana Datin M sudah mula terpikat dengan sepasang mata cantik miliknya.

Datin M terkejut apabila pakar tersebut menyebut nama seorang artis wanita yang memang popular ini. Kata pakar itu si artis datang untuk ‘buat’ kelopak mata supaya nampak lebih galak dan menawan.

Aiyooo...Miss K pun tak faham apa lagilah yang artis jelita ni tak puas hati dengan wajahnya itu...Sebab dia memang sudah dikurniakan paras rupawan sejak kecil bukannya ‘koyak’!

Hmmm...tapi itulah kan, kalau dah bergelar selebriti, tutuplah satu muka pun orang tetap kenal!

Miss K: Nak pergi cucuk muka dekat Sri Rampai, untung-untung terserempak dengan artis lelaki itu..Boleh ajak selfie!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!