Viral
"Patutlah Kualiti Pelakon Semakin Jahanam" - Sharifah Amani Komen Isu Penerbit Pilih Pelakon Ada Rupa
Pelakon Sharifah Amani meluahkan rasa kesal terhadap stigma pemilihan produser untuk memilih pelakon masa kini.
Kata Amani, persepsi sedemikian menjadi punca kualiti pelakon semakin merudum.
“'Jangan buang masa kalau tiada rupa!' - What the flying monkey?!?!!
"Dengan mentality macam nie patutlah quality “pelakon” semakin jahanam.
"Hasil kerja pun makin tahpape, discipline koyak. *TepukDahiBertubiTubi*," tulisnya Pelakon Wanita Terbaik FFM19 itu menerusi akaun Twitter.
Kenyataan itu disokong oleh penyanyi berbakat besar, Adibah Noor.
"Teringat pada salah satu screening "mencari rahmat". Seorang aktivis cakap dia rasa pelik mengapa Nam Ron dan Amirul Effendi (yang tak berwajah orang kaya) dipilih bawa watak orang kaya.
"Walhal.. segala wardrobe, penghayatan dan dua2 pula aktor yg cukup hebat. #TheStigmaIsReal," tulisnya.
Semalam seorang penerbit drama popular menyatakan pandangan berhubung peserta yang hadir pada sebuah sesi ujibakat pencarian pelakon baru.
Katanya, pakej menarik menjadi daya penarik untuk produser memilih seseorang individu itu menjad pelakon.
Seandainya seseorang itu punyai bakat namun tiada rupa, penerbit terbabit mencadangkan untuk mencuba program pencarian bakat lain yang tidak mementingkan wajah untuk popular.
Must-Watch Video