“Patutlah Tempurung Kelapa Tak Ada, Rupanya Kat Sini” – Netizen Usik Rambut Baru Aedy Ashraf

Mya Amri
Januari 3, 2019 08:25 MYT
Lucu! Itulah perkataan yang dapat diungkapkan selepas membaca usikan netizen terhadap rambut baru pelakon kacak Aedy Ashraf.
Aedy yang sebelum ini terkenal dengan jolokan tarzan Malaysia kini nampaknya telah memotong rambut dengan gaya terbaru sempena memasuki tahun 2019.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Aedy berkongsi beberapa koleksi foto yang merakamkan rambut barunya.
Bagaimanapun perkongsian itu ternyata menerima pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya menyatakan rasa terkejut dan tidak menyangka Aedy memilih untuk memotong rambut dengan gaya seperti itu.
Mangkuk, tempurung kelapa,cendawan dan Pekan Batu Belah Batu Bertangkup antara usikan netizen terhadap pelakon lelaki kacak tersebut.
Namun tidak kurang juga ada yang memuji Aedy kerana berani membuat keputusan untuk memotong rambut dengan gaya unik.
Di sini kami kongsikan foto-foto terbaru Aedy:
Foto: Instagram @aedyxashraf
#pelakon #Pelakon #Aedy Ashraf