‘Kebanjiran’ pengunjung yang hadir ke reruai Karyaseni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 membuatkan penerbit tidak menang tangan.

Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd., Datuk Seri Mohd. Muzri Ramli berkata, kombinasi novelis terbaik dan penerbit terbaik memberi aura terbaik dan padu bagi menarik pengunjung ke reruai Karyaseni.

“Alhamdulillah, kehadiran pengunjung ke reruai Karyaseni tidak putus. Seperti tahun lepas, ramai meraih peluang untuk mencari dan membeli novel-novel popular di bawah penerbitan kami.

“Antara novel terlaris di reruai Karyaseni adalah Lelaki Astatine karya Anjell, Anak perempuan Dato Pengarah (Rehan Makhtar), Pergilah Sayang (Marissa), Kumbang Dihatiku (Rose Harissa) dan Bersyurga Di Rusukmu (Lily Haslina Nasir).

“Kita mengharapkan sambutan seperti ini akan berterusan dan meriah. Kita dapat lihat budaya membaca masih menebal dalam kalangan rakyat tempatan berbilang usia, kaum dan lokasi,” katanya.

Reruai paling viral

Sebelum ini, penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. dinobatkan reruai paling viral di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

Dalam pada itu, Mohd. Muzri menambah, reruai Karyaseni turut mempamer dan menjual novel-novel baharu dan istimewa terbitannya.

“Antara novel baharu terbitan Karyaseni adalah Tiada Noktah Cinta (Fatinilam Sari Ahmad), Terindah Pernah Ada (Pynat Mourn), Serigala Metropolis (Rose Harissa) dan Layar Damar (Lily Haslina Nasir).

“Diharapkan kehadiran pengunjung ke PBAKL dan reruai Karyaseni akan terus meriah serta bertambah.

“Festival seperti ini seharusnya berterusan. Kita meraikan budaya membaca dalam kalangan rakyat tempatan dan juga menarik minat pelancong untuk ke PBAKL,” kongsinya.



Kehadiran artis tempatan

Selain jualan novel, reruai Karyaseni turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan antaranya Izzue Islam dan ramai lagi.

Untuk info, Karyaseni Sdn. Bhd. pernah meraih pelbagai anugerah berprestij dalam dunia penerbitan antaranya Anugerah Tokoh Usahawan Tahunan (Penerbitan), Anugerah personaliti industri & usahawan Malaysia 2017 dan Tokoh Penerbit Novel Prolifik, Anugerah Buku Negara 2022.

Selain itu, penerbitan itu juga pernah dino atkan sebagai Asia Excellence Publishing Company Winner Choice (Asia Excellence Choice Award 2024) dan dua kali Penerbit Novel Terbaik Anugerah Telenovela.

PBAKL 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu membuka tirainya 24 Mei lalu dan berlangsung sehingga 2 Jun depan.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

BERITA TRENDING: Isu Kritik Buku Puisi Daiyan Trisha, Publisher Nukilan Biruni Mohon Maaf - “Niat Kami Bukan.."

PILIHAN PEMBACA: Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job