Hiburan

Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job

Maliah Surip
20/04/2024
08:51 MYT
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Namun setelah album Sandiwara Lagi dipasarkan pada tahun lalu, ternyata permintaan mengadakan persembahan oleh kumpulan ini tidak banyak.

BERITA TRENDING: Ruri Republik Buang Rasa Malu Berniaga Air Kelapa - "2 Bulan Berniaga, Sehari Dapat RM300"

Justeru untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mengisi masa lapang apabila tiada undangan persembahan, vokalis Repvblik iaitu Ruri tidak segan untuk melakukan pekerjaan lain.
Menerusi sepotong video yang beredar di TikTok, Ruri dilihat menjual duku di tepi jalan di Bogor, Indonesia.
Setelah diselidik, Ruri diketahui membantu seorang kenalan yang menjual duku di tepi jalan.
“Dia (Ruri) orangnya baik. Kami saling kenal jadi kalau dia ada masa lapang dan tak punya pekerjaan, dia bantu saya jual duku. Dia datang bantu saja,” ujar seorang penjual yang ditemu bual InsertLive.
Tindakan Ruri menjual duku di tepi jalan kerana kurang tawaran persembahan bukan pertama kali dilakukan.
Vokalis tersebut sebelum ini pernah menjual air kelapa pada tahun 2021 kerana tiada pekerjaan pasca pandemik COVID 19.
Menurut Ruri dia tidak malu menjual air kelapa di tepi jalan sekaligus mahu memberi motivasi kepada orang ramai agar jangan mengalah dan tidak segan melakukan pekerjaan halal.

PILIHAN PEMBACA: Didakwa Lelong Kaca Mata RM76,000 Sebab Tak Ada Duit, Ini Penjelasan Vokalis Radja - "Waktu Tu COVID-19 Baru Saja..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.