Pelakon hebat, Beto Kusyairy menyatakan rasa teruja selepas menonton filem fenomena, Polis Evo 3.

Beto menerusi akaun Instagramnya memuji keseluruhan filem ini dan berpuas hati dengan karya Syafiq Yusof.

“Malam meraikan filem terbaru lakonan my bradah @sharnaazahmad dalam #PolisEvo3 dan aku enjoy dengan persembahan keseluruhan yang pada aku secukup rasa rencahnya sebagai sebuah filem aksi.

“Syabas dan tahniah semua warga kerja yang menjayakan,” tulisnya.

A post shared by Beto Kusyairy ?? (@beto_kusyairy)

Dalam pada itu, pelakon Polis Evo 3 yang memegang watak Reza iaitu Sharnaaz Ahmad mengucapkan terima kasih atas sokongan sahabatnya.

“Terima kasih sahabat ku. Abang ku,” tulisnya.


BACA: #PE3 : Kalahkan Fast X, Jualan Tiket Tayangan Awal Polis Evo 3 Kini Tertinggi Di Carta

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pameran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.
Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.

Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.

Polis Evo 3 bakal ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia bermula hari ini.