Pelakon Farali Khan menjadi perhatian netizen selepas melakonkan sebagai watak Inspekstor Julie dalam filem fenomena, Polis Evo 3.

Menerusi komen-komen di media sosial, netizen memuji mutu dan juga kualiti lakonan Farali yang berjaya dimainkan dengan baik menerusi Inspektor Julie.

“Jatuh cinta dengan watak dia dalam Polis Evo 3, lawanya tapi still lasak,” komen seorang netizen.

“Dah tengok Polis Evo 3, terus suka watak Inspektor Julie, love jadi sniper,” komen seorang lagi.

“Padu gila! Sesuai sangat awak dengan watak lasak macam ni,” tulis seorang lagi.

A post shared by Farali Khan (@farali_khan)

Tidak hanya watak sebagai Inspektor Julie, wajah cantik Farali juga turut menjadi topik hangat netizen.

Rata-rata netizen menyatakan wajah Farali memiliki iras pelakon handalan, Sofea Jane.

Antara komen yang diterima:

“Muka sebijik Sofea Jane, cantik dan lakonan mantap. Baru tengok Polis Evo 3, memang padu!”

“Dah tengok, memang mantap lakonan Inspektor Julie ni, mula-mula ingat Sofea Jane. Balik terus buka IG, sekali baru tahu Farali Khan, terus follow,”

“Dah terminat dekat awak, style habis. Sekali imbas ada iras iras Sofia Jane,”

“Girl crush betul dekat awak! Jadi sniper pun smart. Ingat Sofia Jane tadi,”

BACA: #PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2

BACA: #PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!

BACA: #PE3: “Sebab Kerjalah Saya Berjaya” - Shaheizy Sam Buat Six Pack, Isteri Approved Sebab Jarang Dapat Tengok!

Terdahulu, Polis Evo 3 mencetak sejarah hebat apabila mencatat kutipan tiket sebanyak RM16 juta selepas empat hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Ia mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Sebelum ini, industri filem tanah air menyaksikan edisi sulung filem Polis Evo pada tahun 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta, sementara Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah kutipan RM23 juta.

Polis Evo 3 kini di pawagam berdekatan anda. Jom boh ramai-ramai kita tengok.

Kita Lagi Kuat Boh!