Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 mendapat sambutan yang luar biasa dengan kutipan tertinggi sepanjang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 24 Mei lalu termasuk tayangan awal.

Bukan sahaja gandingan duo hebat iaitu Zizan Razak dan Shahiezy Sam, tetapi lakonan mantap watak ‘villain’ sebagai Reza yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad turut mendapat pujian.

Reza merupakan bekas anggota polis yang mengalami tekanan jiwa dan mental disebabkan kehilangan orang tersayang ketika bertugas dan memilih untuk membalas dendam.

Jika kita throwback, watak ‘villain’ dalam Polis Evo 1 yang dilakonkan oleh Hushairi Hussain dan manakala Polis Evo 2 pula Hasnul Rahmat juga memberi impak yang besar.

Hushairi Hussain

Hushairi Hussain yang memegang watak sebagai Izrail, pengedar dadah dalam Polis Evo 1 mendapat pengiktirafan dengan menerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.

Bukan itu sahaja, Hushairi sekali lagi memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) menerusi wataknya dalam filem Polis Evo 1.

Hasnul Rahmat

Hasnul Rahmat dikenali melalui watak-watak yang sentiasa memaparkan kelainan setiap kali beliau muncul di layar perak mahupun di kaca TV.

Persembahannya yang unik serta pembawakan karektor di dalam lakonan beliau tidak pernah mengecewakan penonton.

Menerusi watak Saif yang merupakan ketua pengganas ajaran sesat dalam Polis Evo 2, Hasnul merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Festival Filem Malaysia ke-30.

Adakah, Sharnaaz juga akan mencipta sejarah menerusi wataknya sebagai Reza?

Filem Polis Evo 3 mencetak sejarah hebat apabila mencatat kutipan tiket sebanyak RM16 juta selepas empat hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Ia mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: Trending Di Twitter, Penonton Rasa ‘Puas’ Tonton Polis Evo 3 - “Kali Ini Aksi Yang Luar Biasa Daripada…”

ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: Sanggup Turunkan 12Kg, Sharnaaz Ahmad Terpaksa Bermain Dengan Emosi Dalam Polis Evo 3

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Sebelum ini, industri filem tanah air menyaksikan edisi sulung filem Polis Evo pada tahun 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta, sementara Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah kutipan RM23 juta.

Polis Evo 3 kini di pawagam berdekatan anda. Jom boh ramai-ramai kita tengok.

Kita Lagi Kuat Boh!