Isteri kepada pelakon Shahiezy Sam iaitu aktres Syatilla Melvin memberitahu dia sendiri tidak pernah menyedari bentuk puting dada suaminya panjang mereka berkahwin.

Menurut Syatilla, dia tidak menyangka pasangan gandingan Sam dalam filem aksi komedi iaitu Zizan Razak boleh mengeluarkan dialog mengatakan puting suaminya kelihatan kuyu.

“Puting tu dah tak larat tengok dah… hari-hari aku tengok puting. Aku sampai tak perasan pun puting Sam kuyu. Macam mana Zizan boleh terfikir nak kata puting laki aku kuyu eh.

“Maksudnya sayang, dia memang fokus dekat situ. Aku ni ha yang dah bertahun dengan Sam ni, aku tak perasan pun binatang tu. Aku rasa Zizan nak try Sam tu,” kata Syatilla secara berseloroh.

Menerusi salah satu babak dalam filem arahan pengarah Syafiq Yusof, Zizan yang memegang watak sebagai Inspektor Sani menegur puting Sam (Inspektor Khai) yang tidak memakai baju ketika melakukan senaman.

Dalam pada itu, Syatilla yang juga seorang usahawan kosmestik meluahkan rasa bangga menonton filem lakonan suaminya itu.

“Aku sebagai bini pun memang bangga gila tengok Polis Evo,” kata Syatilla.

Filem Polis Evo 3 mencetak sejarah hebat apabila mencatat kutipan tiket sebanyak RM16 juta selepas empat hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Ia mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: “Sebab Kerjalah Saya Berjaya” - Shaheizy Sam Buat Six Pack, Isteri Approved Sebab Jarang Dapat Tengok!

Sebelum ini, industri filem tanah air menyaksikan edisi sulung filem Polis Evo pada tahun 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta, sementara Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah kutipan RM23 juta.

Polis Evo 3 kini di pawagam berdekatan anda. Jom boh ramai-ramai kita tengok.

Kita Lagi Kuat Boh!

@nurulshariff29 ??? Hari-hari tengok pun tak perasan,@SyatillaMelvin @Shaheizy Sam #Kekasihhq #tiktokviral #syatillamelvin #syidahmelvin #shaheizysam #polisevo3 #berryfull? #lipcloudykekasih #adikberadikthemelvin ♬ bunyi asal - Nurul Zafifah