Berita

"Pecah Pinggan, Hangus... Luka Tangan" - Eina Azman Imbas Memori Sewaktu...

gempak
Asraf Aided
31/07/2019
00:00 MYT
Sponsor Banner
"Pecah Pinggan, Hangus... Luka Tangan" - Eina Azman Imbas Memori Sewaktu...
Pelakon Datin Eina Azman menceritakan pengalamannya ketika dia mula-mula belajar memasak.
Perkara itu dikongsi Eina menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Eina, ibu dan neneknya sering berasa risau ketika dia turun ke dapur pada peringkat awal belajar memasak.
"Hi guys! Assalamualaikum semua! Dulu masa Eina mula-mula belajar masak, pecah pinggan, hangus, luka tangan semua. Nenek dengan Mummy Eina selalu risau kalau Eina ke dapur," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Eina mengatakan dia tekad untuk terus belajar memasak dan cuba untuk menabahkan hati apabila ada pihak yang mengkritik perkongsian resipi masakannya di media sosial.
"Tapi sebab Eina tekad nak belajar, Eina masuk dapur jugak! Bila dah pandai, macam-macam makanan Eina cuba dan kongsikan.
"Mula-mula ramai juga kritik cara Eina masak, tapi Eina tabahkan hati dan teruskan kongsi.
"Alhamdulillah tak sangka ramai wanita luar sana dapat inspirasi dari masakan Eina!" tambahnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memberi semangat kepada Eina untuk terus berkongsi resipi di Instagram.
Hi guys! Assalamualaikum semua! Dulu masa Eina first2 belajar masak, pecah pinggan, hangus, luka tangan semua. Tok (nenek) dgn mummy Eina selalu risau kalau Eina dalam dapur. Tapi sebab Eina tekad nak belajar, Eina masuk dapur jugak! Bila dah pandai macam2 dish Eina cuba dan kongsikan. Mula-mula ramai juga kritik cara Eina masak. Tapi Eina tabahkan hati dan teruskan kongsi. Alhamdulillah tak sangka ramai wanita luar sana dapat inspirasi dari masakan Eina! Bila kita berani cuba buat sesuatu baru kita dapat hasilnya kan? Itulah org tua2 selalu ckp tak kenal tak cinta kan! Hari special ni Eina nak share resipi Telur Bistik, antara resipi simple yang Eina pertama belajar dulu. Korang try la recipe ni okay! Jangan lupa gunakan Maggi CukupRasa! RESIPI TELUR BISTIK Bahan - Bahan : •1 biji bawang holland (dipotong dadu) •5 ulas bawang putih (dicincang) •1 mangkuk kecil isi ayam •4 sudu makan sos cili •1 sudu makan sos tomato •2 sudu makan sos tiram •Mix vege •2 sudu makan MAGGI CukupRasa Telur dadar •3 biji telur •2 sudu makan MAGGI CukupRasa Cara nak masak 1: Panas kan sedikit minyak masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan kacau sehingga kekuningan. 2:Masukkan isi ayam. Kacau kacau 3: Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. 4: Step paling penting! Masukkan MAGGI CukupRasa! 5: Masukkan mix vege 6: Lepastu boleh masukkan sedikit air supaya berkuah. Masak sehingga kuah mendidih. 8: Tuang ke dalam mangkuk dan ketepikan. 9: Now masak telur dadar pula. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan MAGGI CukupRasa! Baru lah lagi sedap telur tu. 10: Panaskan minyak dan tuangkan bancuhan telur ke dalam kuali, goreng kedua-dua belah bahagian sehingga garing. 11: Bila dah garing, angkat telur ke dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi ke atas telur. And IT’S DONE! #TakKenalTakCinta #MAGGICukupRasa #CaraSayabyEinaAzman #ItsdonebyEinaAzman
A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
Sedikit info mengenai Eina, aktres kelahiran Temerloh, Pahang ini mula bergiat di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2008 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Beralih ke sisi peribadinya pula, Eina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live