"Pecah Pinggan, Hangus... Luka Tangan" - Eina Azman Imbas Memori Sewaktu...

Asraf Aided
Julai 31, 2019 00:00 MYT
Pelakon Datin Eina Azman menceritakan pengalamannya ketika dia mula-mula belajar memasak.
Perkara itu dikongsi Eina menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Eina, ibu dan neneknya sering berasa risau ketika dia turun ke dapur pada peringkat awal belajar memasak.
"Hi guys! Assalamualaikum semua! Dulu masa Eina mula-mula belajar masak, pecah pinggan, hangus, luka tangan semua. Nenek dengan Mummy Eina selalu risau kalau Eina ke dapur," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Eina mengatakan dia tekad untuk terus belajar memasak dan cuba untuk menabahkan hati apabila ada pihak yang mengkritik perkongsian resipi masakannya di media sosial.
"Tapi sebab Eina tekad nak belajar, Eina masuk dapur jugak! Bila dah pandai, macam-macam makanan Eina cuba dan kongsikan.
"Mula-mula ramai juga kritik cara Eina masak, tapi Eina tabahkan hati dan teruskan kongsi.
"Alhamdulillah tak sangka ramai wanita luar sana dapat inspirasi dari masakan Eina!" tambahnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memberi semangat kepada Eina untuk terus berkongsi resipi di Instagram.
Sedikit info mengenai Eina, aktres kelahiran Temerloh, Pahang ini mula bergiat di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2008 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Beralih ke sisi peribadinya pula, Eina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tiga tahun.
#pelakon #Eina Azman #Pelakon