Melihat pada barisan pelakon-pelakonnya mungkin ramai beranggapan filem Butak tidak mempunyai daya tarikan untuk ditonton.

Namun, tanggapan itu ternyata meleset apabila Butak akhirnya menjadi perhatian ramai peminat filem termasuk pengkritik filem.

Malah, sehingga hari ini, Butak masih diperkatakan di media sosial baik di platform Facebook mahupun Twitterr.

Menurut seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fazrul , Butak memberi pengajaran dan ia merupakan filem yang wajib ditonton.

“Tak ada lakonan kayu langsung, 8/10 daripada saya,” katanya.

Sementara itu menurut seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Aaron, Butak memang terbaik dan dia telah menonton filem tersebut berulang kali.

“Dah ulang lebih 10 kali still tak bosan, hasil kerja yang cemerlang, tahniah Butak,” katanya.

Anda boleh lihat antara reaksi dan komen mereka di bawah.

Untuk makluman, sehingga kini Butak masih kekal berada di kedudukan pertama sebagai filem paling banyak ditonton di Astro First biarpun telah hampir dua minggu ditayangkan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Butak di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

BACA: Review Gempak: Butak, Percampuran Rasa Benci, Menyampah Dan Geram, Semuanya Bersatu!