Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"

Firdaus
21/08/2024 09:25 MYT
Jika baru-baru ini meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan, anak kepada pelakon, Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, sekali lagi mencuri perhatian apabila dirinya berjaya memecahkan rekod larian 100 meter dengan catatan masa 11.44 saat.

Pecah Rekod

Perkara itu dikongsikan oleh seorang guru di Facebook di mana dia menyatakan rekod yang dibuat oleh Airit adalah lebih baik daripada pemenang pingat emas tahun lalu.

"Sampai saja di stadium, kawan saya beritahu semalam waktu saringan, anak Rita Rudaini berjaya pecahkan rekod 100 meter yang berusia 20 tahun dengan catatan masa 11.44 saat.

"Masa yang dibuat lebih bagus daripada pemenang pingat emas MSSS (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah) tahun lepas. Power!" tulis guru tersebut.

Pada penghujung coretan, guru yang dikenali dengan nama Abdul Muiez berkenaan turut memuji Airit sebagai seorang yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan tetapi juga dalam bidang akademik dan agama.

"Hebat! Main bola pandai, belajar pun bijak, hafaz Al-Quran pula tu...

"Hebat! Main bola pandai, belajar pun bijak, hafaz Al-Quran pula tu. Paling seronok bila sokongan Rita terhadap anak-anak," tambahnya lagi.

BERITA TRENDING: "Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

BERITA TRENDING: “3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A

BERITA TRENDING: "Hanglah Batu Api Besar, Tak Sudah-Sudah Acah Terpaling Bagus" - Rita Rudaini

BERITA TRENDING: Ada Yang Kesian Bila Aidil Zafuan Sebut Nama Anak Dalam Live, Rita Rudaini Bidas Netizen! - “Kau Tak Payah Terpaling Tahu!”

Imbas kembali, Airit sebelum ini pernah mendapat gred 3.99 dan tergolong dalam 10 pelajar terbaik di sekolahnya iaitu MRSM Sungai Besar.
#Anak #Sukan #Netizen #Rita Rudaini #sekolah #hiburan #Cemerlang