Menurut Nabila, dia menganggap dirinya bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Beto buat pertama kalinya untuk naskah filem.
“Kita dah work together for tv, drama, telemovie, series, supertele, tvc and also on stage for theatre pun pernah.
Memegang watak sebagai pasangan suami isteri, Nabila menyifatkan keserasian yang ditonjolkan dia dan Beto sangat berkesan.
“Terima kasih for everything bet!! It's fun working with you as always. Kalau saya ada salah or ter grumpy bila saya lapar, saya mintak maaf ok!
“Eh tak lah, tak sedih pun dah tak dapat nak gelak gelak on set over something stupid entah apa saja lah kan. Jangan eye contact eh nanti nak tergelak!,” ceritanya lagi.
Mahu Berkerjasama Lagi
Dalam pada itu, pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30 itu turut berharap dia dapat bergandingan dengan Beto lagi.
“InsyAllah ada rezeki kite akan kerja together lagi.
“Here’s to creating more magic together my favourite sparing partner on screen, one and only Beto Kusyairy,” tutupnya.
Untuk info, filem Gayong turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Yayan Ruhian, Anas Ridzuan, Dottie, Wan Raja dan ramai lagi.
Filem tersebut dijangka menemui penonton pada Mei 2025.