Kontroversi yang melibatkan selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, telah menarik perhatian Peguambela dan Peguamcara, Asiah Abd Jalil.

Menurut Asiah, pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) selain bersikap lebih tegas memandangkan ini adalah kesilapan berulang.

"Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

"Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?" katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada hari Isnin.



Dalam hantaran yang berbeza, Asiah turut mendakwa pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

"Mula-mula dia post benda kontroversi. Lepas kena kecam hebat, hantaran dia yang berikutnya ialah Firman Allah, sabda Nabi dan hadis-hadis.

"Aksi gedik hingga ke Jannah, seperti urut janggut lebai dan pelancaran produk baru. Tak percaya tengok lah," tulisnya lagi.

Pada Ahad, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Stories yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3 bersama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz.

Namun, usahawan ini bertindak memadamkan rakaman tersebut tetapi sempat ditonton dan dirakam oleh netizen.

BACA: Selepas Langgar SOP & Kena Kompaun, Neelofa Didakwa Rentas Negeri Lagi Pergi Kedai Karpet Pulak - "Nilai Tu Bawah Negeri Selangor Ke?"

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superitandan Mohd Fazley Ab Rahman, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat ini.

BACA: Isu Rentas Negeri Pergi Kedai Karpet Di Nilai, Polis Panggil Neelofa & PU Riz Untuk Beri Keterangan

Terdahulu, Neelofa dan Riz masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.

BACA: Ingkar SOP, Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60,000!