HIBURAN

Peguam Kena Tahan Selepas Ugut Sebarkan Video Seks Penyanyi Popular

Asyraf Roslan 22/08/2025 | 21:55 MYT
Seorang penyanyi popular Korea Selatan yang dikenali sebagai ‘A’ menjadi mangsa ugutan selepas rakaman seks haram miliknya disalahgunakan seorang peguam dan rakan subahatnya.

Penyanyi itu mula dikenali selepas menjuarai sebuah pertandingan muzik dan mempunyai beberapa lagu hits pernah terpalit dengan kesalahan merakam aksi seks bersama wanita tanpa kebenaran pada tahun 2021.

Atas kesalahan tersebut, dia telah dijatuhkan hukuman penjara.

Pada tahun 2020, penyanyi itu telah menyerahkan sebuah ‘hard drive’ yang mengandungi video seksnya yang dirakam kepada seorang kawan untuk dihapuskan.

Bagaimanapun, individu tersebut telah menyimpan sebahagian rakaman tersebut sebelum menyerahkannya kepada seorang peguam.

Antara Mac hingga April 2024, kedua-dua mereka dilaporkan telah melakukan ugutan terhadap penyanyi terbabit sebanyak 15 kali dengan menuntut wang sebagai syarat untuk tidak mendedahkan rakaman itu kepada media dan YouTuber.

Mangsa akhirnya membawa kes itu ke muka pengadilan dan minggu lalu, Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan terhadap peguam tersebut atas kesalahan melanggar Akta Khas Hukuman Jenayah Seksual.

Manakala rakan subahatnya turut dijatuhi hukuman dua tahun penjara.

Selain itu, kedua-duanya juga diarahkan menjalani program rawatan jenayah seksual selama 40 jam sebagai sebahagian daripada hukuman.
#pelakon #Ditahan #Video Seks #Peguam