Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

Gempak
12/07/2024 07:25 MYT
Peguam mewakili Dr Jezamine iaitu isteri kepada pelawak Harith Iskander, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan perbicaraan kes cerai pasangan itu ditunda.

Peguam Maklum Tarikh Bicara Tunda

Bercakap kepada Gempak, perbicaraan yang dijadual berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 15 Julai ini akan ditunda ke satu tarikh lain.

“Memang sekarang sudah jelas kes itu memang wujud.

“Tarikh sudah ada, tapi ditunda sebab mahkamah ada urusan lain. Kami akan maklumkan tarikh baharu selepas ini.

“Tunggu dahulu, kita tunggu di mahkamah dahulu, kita selesaikan apa yang patut,” katanya ditemui pemberita di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini selepas perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Harith, Isteri Beri Kerjasama

Akberdin turut menjelaskan kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbincangan.

"Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik. Lebih daripada itu, tunggu sajalah.

“Jadi, tunggu tarikh baharu yang akan dimaklumkan," ujarnya ringkas.

Terdahulu, Harith memohon diberikan masa untuk membuat sebarang kenyataan mengenai kemelut rumah tangganya itu.

Jun lalu, Dr Jezamine mengesahkan yang beliau memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mankamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Untuk rekod, Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga: Harith Iskander, Jezamine Akan Keluarkan Kenyataan Bersama Dalam Masa Terdekat

#cerai #Harith Iskander #Mahkamah #Tunda #Dr Jezamine