Hiburan

Peguam Rayu SPRM Lepas Aset-Aset Aliff Syukri Yang Dibeku

Zulaikha Yusof
02/11/2020
23:44 MYT
Dua peguam usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merayu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa undang-undang itu sebelum ini.
Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kedua-dua peguam berkenaan, Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lepas dilepaskan.
Katanya, mereka merupakan peguam yang dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan terbabit yang juga jutawan kosmetik itu.
Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).
Terdahulu, Aliff telah menafikan dakwaan beliau terbabit dalam kes penipuan Macau Scam.
Beliau sebaliknya memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat Covid-19.
Pelantun lagu Bobo Di Mana itu meminta orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu ke atas perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal.
Sebelum ini, SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti.
Turut dirampas, sebanyak 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.
Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.
Sumber: MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

gempak
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Berita

Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

gempak
16/07/2024
12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

gempak
14/07/2024
08:28 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.