Laman Utama

Peguam Sahkan Isma Halil Hamzah Direman Di Bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Kongsi Nota Dari Penjara Sungai Buloh

gempak
Fiza Kamarudin
01/12/2021
05:40 MYT
Sponsor Banner
Peguam Sahkan Isma Halil Hamzah Direman Di Bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Kongsi Nota Dari Penjara Sungai Buloh
Peguam, Ahmad Zairul Muhaiyar mengesahkan penyampai radio Isma Halil Hamzah kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan kesalahn, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Menerusi hantaran Ahmad Zairul di laman sosial Facebook, beliau turut memohon orang ramai menghentikan spekulasi mengenai penyampai radio tersebut kerana anak guamnya itu dituduh dan belum dibicarakan ataupun disabitkan kesalahan.
Menurut Ahmad Zairul, dia dan seorang lagi peguam Adi Zulkarnain berkesempatan bertemu Isma di Penjara Sungai Buloh pada 29 November lalu.
“Pada petang semalam, saya bersama Adi Zulkarnain telah ke Penjara Sungai Buloh bertemu dengan anakguam kami, DJ Ismahalil Hamzah yang kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
“Bagi yang bertanya, beliau dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan. Mohon pihak-pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini,” katanya.
Selain itu Ahmad Zairul turut memaklumkan sebutan kes akan dijalankan di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 15 Disember depan.
“Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta telah ditetapkan pada 15/12/2021 untuk laporan jabatan kimia. Jika laporan tersebut sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja),” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zairul turut memuat naik foto nota ucapan terima kasih yang ditulis Isma pada Isnin lalu.
“Beliau mengirimkan salam serta mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan beliau.
In Shaa Allah, kami pasukan peguam akan membawa beliau pulang. Di bawah adalah gambar tulisan tangan Ismahalil buat semua pendengar setia,” ujarnya.
Pada September lalu, tular di laman sosial salinan laporan polis mengenai seorang penyampai radio yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram.
[[BACA: Penyampai Radio Dicekup Memiliki 447 Gram Ganja, Direman Untuk Bantu Siasatan]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024