Laman Utama
Penyampai Radio Dicekup Memiliki 447 Gram Ganja, Direman Untuk Bantu Siasatan
Tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp salinan laporan polis berkaitan seorang penyampai radio lelaki, yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja.
Menerusi tangkap layar yang tular tersebut, penyampai radio itu kini berada dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.
Ketika serbuan dilakukan di kediamannya di Kuala Lumpur bersama dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang telah diasing-asingkan kepada 22 peket plastik.
Difahamkan bekalan ganja tersebut akan dihantar ke Pulau Tioman, Pahang.
Suspek juga mengaku ganja yang dirampas adalah miliknya dan mengaku mula terlibat dalam aktiviti penagihan ganja sejak tahun 2011.
Turut dillaporkan suspek mempunyai satu rekod lampau melibatkan penyalahgunaan dadah jenis ganja.
Menerusi tinjauan Gempak di stesen radio atas talian dikendalikan penyampai radio tersebut, rata-rata peminat menganggap tangkap layar yang tular merupakan berita palsu dan fitnah.
Menguatkan lagi dakwaan yang mengaitkan penyampai radio tersebut ditahan apabila stesen radio atas talian kendalian penyampai radio tersebut tidak ke udara sejak seminggu lalu.
Must-Watch Video