Hiburan
Pekena Rendang, Lemang Dan Ketupat Sambil Tonton Syif Malam Raya, Pergh! Memang Layan Teruk
Raikan kemeriahan sambutan hari raya dengan menonton gelagat tiga sekawan, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey dalam filem Syif Malam Raya.
Sesuai dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Syif Malam Raya ditayangkan terus ke pawagam rumah anda.
Lebih menarik lagi apabila filem ini merupakan lakonan pertama bintang YouTube, Syahmi, Asif dan Yoe.
Setakat tiga hari tayangan, ternyata lakonan mereka bertiga berjaya menambat hati penonton.
Rata-raya yang sudah menonton menyatakan rasa lucu melihat gelagat tiga sekawan yang bersahaja itu.
Setiap kali babak mereka muncul, ramai yang tidak kering gusi apabila mendengar lawak spontan Syahmi, Asif dan Yoe.
Selain itu, Syif Malam Raya juga menampilkan Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.
Jangan lupa untuk melanggan, Syif Malam Raya yang ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Sinopsis:
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.
Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Must-Watch Video