Berita

Pekerja Negara Ini Diberi Hak Abaikan Panggilan, Mesej Majikan Di Luar Waktu Bekerja

Umirah Halim
10/02/2024
03:00 MYT
Australia akan memperkenalkan undang-undang yang memberi hak kepada pekerja untuk mengabaikan panggilan dan mesej tidak munasabah daripada majikan mereka di luar waktu kerja tanpa penalti.
Malah, undang-undang itu juga berkemungkinan mengenakan denda bagi majikan yang melanggar peraturan.
Terma 'Hak untuk memutuskan sambungan' adalah sebahagian daripada perubahan kepada undang-undang perhubungan industri yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan di bawah rang undang-undang parlimen.
Perkara itu dikatakan akan melindungi hak pekerja dan membantu memulihkan keseimbangan kehidupan kerja.
Undang-undang serupa yang memberi pekerja hak untuk mematikan peranti mereka sudah pun dilaksanakan di Perancis, Sepanyol dan negara lain di Kesatuan Eropah (EU).
Majoriti senator kini mengisytiharkan sokongan terhadap undang-undang itu, kata Menteri Pekerjaan Tony Burke dari parti Buruh berhaluan tengah yang memerintah dalam satu kenyataan.

Berita Trending: Recruiter Tegur Cara Perkenal Diri, Pemohon Kerja Melenting - “Encik…

Burke berkata, peruntukan itu menghalang pekerja daripada bekerja lebih masa tanpa gaji melalui hak untuk memutuskan sambungan daripada hubungan yang tidak munasabah di luar waktu.
"Apa yang kami katakan ialah seseorang yang tidak dibayar 24 jam sehari tidak seharusnya dihukum jika mereka tidak berada dalam talian dan tersedia 24 jam sehari," kata Perdana Menteri Anthony Albanese.
Rang undang-undang itu dijangka akan diperkenalkan di Parlimen minggu ini.
Rang undang-undang itu juga termasuk peruntukan lain seperti laluan yang lebih jelas daripada kerja sementara ke tetap dan piawaian minimum untuk pekerja sementara dan pemandu trak.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Sibuk Bekerja, Pemuda Luah Rasa Kesal Tak Sempat Jawab Panggilan Terakhir Ibu - “Saya Sedang Charge Phone..”

gempak
12/07/2024
09:25 MYT
Sepotong video yang merakamkan detik detik menyayat hati seorang pemuda yang terlepas panggilan terakhir daripada ibunya ketika sedang bekerja berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Hiburan

Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

gempak
28/06/2024
05:03 MYT
Anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bercerita tentang asal usul nama panggilannya menerusi satu temu bual santai dalam segmen 3 Pagi ERA.
Hiburan

Amelia Henderson Nafi Putus Cinta Sebab Sibuk Bekerja, Tak Nak Kahwin - “Kalau Sayang…”

gempak
15/06/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pengacara Amelia Henderson menafikan dakwaan yang dibuat mengenai punca sebenar pengakhiran hubungan cintanya bersama aktor Aedy Ashraf.
Terkini

#GMWA23: Sengit! Damelo, Kudrat, Look At This, Selagi Ku Ada & Waktu Intai Peluang Menerusi Kategori Video Muzik Tergempak

gempak
17/01/2024
08:11 MYT
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari
Laman Utama

15 Tahun Tak Bertanding Di Muzik Muzik, Ziana Zain: “Nervous, Rasa Nak Terkencing…”

gempak
16/12/2023
07:56 MYT
Menyanyi kan 'makanan' Ziana Zain.