Viral

Recruiter Tegur Cara Perkenal Diri, Pemohon Kerja Melenting - “Encik Tahu Ke Perangai Saya Macam Mana?”

gempak
Gempak
08/02/2024
02:00 MYT
Sponsor Banner
Recruiter Tegur Cara Perkenal Diri, Pemohon Kerja Melenting - “Encik Tahu Ke Perangai Saya Macam Mana?”
Beberapa tangkap layar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna X memaparkan perbualan antara perekrut dan seorang pemohon kerja tular baru-baru ini.
Difahamkan, perekrut itu meminta individu tersebut untuk memperkenalkan diri namun balasan yang diberikan sangat ringkas sehingga dianggap tidak beradab.
“Boleh perkenalkan diri sedikit. Nama,umur, tinggal di mana, kerja apa sekarang?,” soal perekrut tersebut.
“Shafiqah, 24, Petaling Jaya, tak kerja sekarang,” jawabnya ringkas.
Susulan itu, perekrut itu bertindak menegur cara balasan mesej yang dilakukan individu tersebut.
“Maaf ya, saya nak tegur sikit. Awak ni minta kerja. If syarikat minta perkenalkan diri, better buat huraian panjang sedikit.
“Kalau tak pandai, awak boleh google macam mana nak buat introduction kepada interviewer.

Berita Trending:Wanita Kongsi Detik Cemas Hampir Dipukau Warga Asing Di Bukit Bintang! -…

“Awak reply macam ni pihak syarikat dah boleh agak sikap awak macam mana.
“Maaf ya kalau teguran saya ni buat awak terasa atau sakit hati,” tegur perekrut itu.
Tidak hanya berdiam diri, pemohon kerja itu membalas mesej teguran perekrut itu.
"Baru saya tahu, manusia boleh nampak sikap dari telefon, by the way encik tahu ke perangai saya macam mana?
“Mungkin encik nampak chat saya agak menyakitkan hati untuk encik, walaupun sekadar reply pendek, lain orang lain cara nya encik,” balas nya.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak 400 ribu tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live