Viral

Pekerja P-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Ditahan

Muhammad Firdaus
15/02/2024
10:25 MYT
Baru-baru ini tular di TikTok tentang seorang pekerja p-hailing memuat naik satu hantaran mengakui dirinya membakar sebuah kereta polis dalam kejadian yang berlaku di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan pada jam lebih kurang 1.52 pagi tadi.

BERITA TRENDING: Lelaki Pukul Ibu Sendiri Pakai Tukul Besi, Ugut Letupkan Tong Gas Dalam Rumah! Rupa-Rupanya Positif ...

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya berjaya melakukan tangkapan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.
"Suspek seorang warga tempatan berjaya ditahan dan serbuan di rumahnya yang terletak di Flora Damansara, di sini, sekitar jam 12 tengah hari tadi dan merampas barangan dipercayai digunakan untuk jenayah itu,” katanya. Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek ada melakukan berbuatan vandalisme dengan mencoteng dinding kaca di stesen itu dengan kata kesat sebelum membakar kereta milik Prasarana.
"Motif suspek bertindak demikian kerana dipercayai tidak berpuas hati terhadap pihak polis bantuan syarikat tersebut," jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat api atau bahan letupan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 14 tahun dan denda.
Sumber: MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Berita

“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

gempak
26/07/2024
09:29 MYT
Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkaitan kenyataan yang membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh anaknya.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).