Sempena menyambut perayaan hari Kemerdekaan thaun ini, Astro bakal membawakan telemovie berjudul Tuan Petri Sa’adon.

Mengangkat tema pengorbanan sebagai tunjang jalan cerita, keseluruhan kisah ini adalah sebuah cerita rekaan berdasarkan fakta sejarah dari mitos dan lagenda Kelantan yang terkenal sejak zaman berzaman.

Menariknya telefilem ini, penerbit iaitu YM Datuk Sri Raja Rezza Shah cuba menghidupkan kembali suasana negeri Kelantan di abad ke-17 menerusi pakaian dan peralatan yang digunakan.

Malah pakaian dan peralatan itu juga berusia ratusan tahun yang kebanyakannya adalah koleksi Diraja Kelantan dan milik peribadi penerbit demi menampilkan efek yang berkesan.

Hampir keseluruahn barisan pelakon adalah berketurunan Kelantan kecuali watak Permaisuri Siam yang berketurunan Siam/Kedah dan Mustaqim Bahadon yang berasal dari utara memegang watak Raja Bersiong.

Penggambaran juga dilakukan di sekitar Lebah Klang, Pahang dan juga lokasi bersejarah yang pernah dijejak oleh Tuan Petri Sa’adong sendiri iaitu Sungai Pengkalan Datu dan Bukit Marak, Kelantan.

Pelakon hebat Pekin memegang watak sebagai Raja Abdullah manakala aktres Oktovia Manrose menggalas tugasan sebagai Tuan Petri Sa’adong.

Barisan pelakon lain yang turut terlibat adalah Mustafa Kamal, Sasqia Dahuri, Danny XFactor, Bea Rameshan, Afiq Muiz dan ramai lagi.

Saksikan Tuan Petri Sa’adong pada Sabtu dan Ahad ini, jam 9:00 malam di ASTRO CITRA HD (saluran 108) dan CITRA (saluran 128).