Pelajar Ini Pergi Kelas Naik Pesawat Semata Mahu Elak Bayar Caj Rumah Sewa Mahal
Umirah Halim
24/02/2024 03:00 MYT
24/02/2024 03:00 MYT
Seorang pelajar daripada Kanada memilih untuk menaiki pesawat bagi mengelakkan membayar caj rumah sewa yang mahal.
Menurut pelajar yang bernama Tim Chen itu dia memilih penerbangan untuk ke kelasnya, kerana difahamkan kos nya jauh lebih murah daripada membayar sewa bulanan di Vancouver.
Memetik laporan oleh KTLA 5, pelajar itu secara kasar membelanjakan $150 (RM530.70) setiap penerbangan pergi balik, yang mencecah hampir $1200 (RM 4,245.60) sebulan untuk kelas hanya 2 kali seminggu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, sebuah apartmen satu bilik di Vancouver akan menelan belanja sewaan sekitar $2,100 (RM7,429.80) sebulan.
“Saya hanya ada dua hari sahaja yang saya perlu pergi ke kolej untuk kelas (Selasa dan Khamis), saya terbang ke Vancouver pada waktu pagi dan kembali ke Calgary pada waktu malam.
“Saya telah menaiki Air Kanada untuk semua penerbangan ini, dan untuk Januari, saya melakukan 7 perjalanan pergi dan balik seperti ini.
“Saya rasa ada banyak penjimatan untuk mengelak menyewa kediaman di Vancouver.
Berita Trending: Bawa Anak-Anak Makan Di Restoran ‘Hantu’, Parents Ini Dikritik Netizen -…
“Ini kerana saya tidak perlu membayar sewa di Calgary (tinggal bersama ibu bapa) kecuali hanya sekadar untuk membayar utiliti.
“Ia jauh lebih murah daripada menyewa apartment 1 bilik untuk 2k lebih di Vancouver,” jelasnya menerusi temubual oleh KTA 5.