Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelajar Kolej Maut Kereta Dipandu Adik Bertembung Dengan Lori

Awani
19/08/2024 10:25 MYT
Seorang pelajar kolej maut sementara adik perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru - Air Hitam, Johor pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 4:30 petang melibatkan sebuah lori treler jenis Chenglong dan sebuah kereta jenis Nissan Almera.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Machap menghala ke Simpang Renggam manakala Nissan Almera dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, kereta terbabit telah hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori.


“Akibat pelanggaran tersebut, penumpang kereta berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di muka dan badan sementara adik perempuannya berusia 21 tahun yang memandu kereta cedera parah di bahagian muka selain patah kaki kiri, kini dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang,” katanya.

BERITA TRENDING: 'Hantu' Murung Menakutkan Pengguna Jalanraya Dicekup Polis

BERITA TRENDING: Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah

BERITA TRENDING: Suspek Utama Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Tiba Di Mahkamah

BERITA TRENDING: Mahu Dapatkan Rawatan Di Hospital, Kanak-Kanak Ditandu Sejauh 1 Kilometer


Bahrin berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan bagi ujian saringan air kencing di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, namun keputusannya adalah negatif.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), 1987.

SUMBER: Astro Awani menerusi Sinar Harian

#Adik #Pelajar #Maut #Kereta #Kolej #Pandu #Student