,
Berita

Suspek Utama Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Tiba Di Mahkamah

Awani
19/08/2024
02:20 MYT
Suspek pembunuhan kejam guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33 tahun tiba di Mahkamah Alor Gajah, untuk pertuduhan.

Memakai baju T berwarna biru gelap dan berseluar pendek.

Suspek tiba di pekarangan mahkamah di sini dengan menaiki kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diiringi oleh anggota Pasukan Siasatan Jenayah (CID), jam 9.05 pagi.

Suspek yang juga bekas guru itu dibawa ke mahkamah dengan memakai baju-T berwarna biru gelap dan berseluar pendek.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan misteri penemuan mayat tanpa kepala, kaki dan tangan yang di sumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, di sini 31 Disember lalu terjawab apabila ia disahkan milik guru wanita iaitu Allahyarham Istiqomah.
Ia disahkan berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap ibunya pada 2 Ogos lalu mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.
Risikan yang dijalankan pasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Sifatkan Istiqomah Pemurah, Dedah Buat Loan Bank RM19,400 Untuk Dipinjamkan Kepada Kenalan

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti

ARTIKEL BERKAITAN:Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat Tanpa Kepala Sah Milik Cikgu Istiqomah

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Cikgu Istiqomah Tuntut Keadilan - "Dia Isteri Yang Baik"

Suspek lelaki yang juga bekas guru itu kemudian direman sejak 6 Ogos lalu sebelum dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 19 Ogos ini.
Penahanan suspek utama itu membawa kepada penemuan beberapa bahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tulang jari dan kepala di kawasan sekitar enam kilometer dari tempat mayat mangsa dijumpai.
Jenazah guru wanita itu dijangka akan dituntut oleh warisnya di Hospital Melaka hari ini sebelum difahamkan akan dibawa kebumi di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
Sumber: ASTRO AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Berita

Jumpa Pistol, Dadah: Yusoff Rawther Dibawa Ke Mahkamah

gempak
12/09/2024
04:25 MYT
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

gempak
08/09/2024
10:48 MYT
Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.