Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu APT Milik Bruno Mars - Rose BLACKPINK
Maliah Surip
29/10/2024 13:55 MYT
29/10/2024 13:55 MYT
Lagu APT nyanyian Bruno Mars dan Rose Blackpink memang sedang ‘mendunia’ saat ini.
Hanya dalam tempoh satu minggu dipasarkan, video klip lagu tersebut telah ditonton lebih 187 juta kali di YouTube.
Terkini, APT yang merupakan singkatan daripada perkataan Apartment dilaporkan masuk dalam daftar lagu yang dilarang dengar oleh pelajar di Korea Selatan.
Hal ini lantaran APT disifatkan sebagai lagu yang terlalu menarik untuk didengar sekaligus dapat menganggu saat pelajar belajar.
Melodi dan konsep lagu APT yang ceria sehingga menjadi viral didakwa membuat para pelajar kehilangan fokus saat mendengarnya.
“APT telah dicap sebagai salah satu lagu yang sukar dilupakan. Para pelajar dan penggemar tidak boleh mengelak mendengar lagu tersebut kerana berasa ia mempunyai tarikan yang sangat melampau sehingga seperti ketagih (mendengar),” ujar kenyataan dikeluarkan Koreaboo.
Hanya dalam tempoh satu minggu dipasarkan, video klip lagu tersebut telah ditonton lebih 187 juta kali di YouTube.
BERITA TRENDING: Public Health Malaysia Dakwa Lirik Lagu APT Ada Unsur Lucah, Netizen Pula Komen: “Lagu Ni Buat Chill Je”
Meski APT cukup digemari pendengar, tercetus beberapa polemik terkait lagu tersebut antaranya ada yang berpendapat lirik dan pengaruh yang cuba disampaikan disifatkan memberi kesan negatif kepada pendengar.Terkini, APT yang merupakan singkatan daripada perkataan Apartment dilaporkan masuk dalam daftar lagu yang dilarang dengar oleh pelajar di Korea Selatan.