Laman Utama
Pelajar Sekolah Pondok Dipaksa Pecahkan Telefon Bimbit Dengan Penukul Sebab…
Gara-gara bawa telefon bimbit ke sekolah, seorang pelajar perempuan di Indonesia diminta untuk memecahkan peranti miliknya itu dengan tukul besi.
Rakaman video tersebut dimuat naik di platform X dan viral dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi rakaman video berkenaan, beberapa pelajar sebuah sekolah pondok diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan mereka ditangkap membawa telefon ke sekolah.
Kemudian, salah seorang pelajar perempuan diarah supaya memusnahkan telefon bimbitnya menggunakan tukul di hadapan pelajar lain.
Pelajar perempuan itu dilihat memukul telefon bimbitnya berulang kali sehingga berkecai.
Meninjau ruangan balasan, ramai dalam kalangan pengguna platform X tidak bersetuju dengan tindakan yang dikenakan ke ada pelajar berkenaan.
Menurut mereka, hal seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan telefon berkenaan perlu dipulangkan kepada penjaga, bukan dimusnahkan begitu sahaja.
Ada juga yang berkata, hukuman tersebut seperti mengajar pelajar terlibat untuk membazir dan tidak menghargai wang.
Sumber: Twitter
Must-Watch Video