Anak pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha mengesahkan ayahnya sedang dirawat di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung dan dilaporkan tenat.
Menurut anaknya, yang dikenali sebagai Syamira, doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya kritikal.
Syamira bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lain mengenai Azmil kerana ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke hospital.
Penjelasan Syamira itu mengesahkan penyebaran status Facebook bapa saudaranya, Aziph yang juga adik Azmil mengenai keadaan kesihatan bintang filem popular itu.
Netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.
“Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada.
Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. “Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya,” katanya dalam status itu.
Ketika zaman kegemilangannya, Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.
Sumber: BH Online
Ahmad Shah
Fri Jan 15 2016


Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Suka tengok Imran dan isteri, Dahlia.

Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Tak semua tempat haiwan perliharaan sesuai dibawa.

Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”
Memang nampak susah untuk budak darjah tiga

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
Emran kongsi perasaannya di Instastory.

Mamat Tak Pernah Cemburui Ezad Lazim, Masing-Masing Ada Kekuatan
Kumpulan Exists diketahui mempunyai dua vokalis. Vokalis pertama adalah Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin.

Senang Cuci & Mesra Wuduk! Puteri Sarah & Nad Zainal Kongsi Tutorial Mudah Mekap On The Go
Sibuk dengan tugas seharian tidak menghalang wanita untuk kekal cantik dan menawan.
_3.png?ext=.png)