gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezlisa Loy Hormati Tindakan Elfira, Mohon Netizen Tak Panjangkan Isu - “Sebagai Kakak Sudah Semestinya Dia…”
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Pelakon Deadpool Derma RM4 Juta Kepada Mangsa COVID-19 Kurang Kemampuan

Asraf Aided
Asraf Aided
19/03/2020
11:21 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Deadpool Derma RM4 Juta Kepada Mangsa COVID-19 Kurang Kemampuan
Pelakon filem Deadpool, Ryan Reynolds dan isterinya aktres Blake Lively membuat keputusan untuk menderma wang sebanyak 1 juta USD (bersamaan RM4 Juta) buat mangsa wabak COVID-19 yang kurang kemampuan.
Perkara itu dimaklumkan Ryan menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ryan, wang yang didermakan itu akan disalurkan organisasi Feeding America dan Food Banks Canada untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya ketika berhadapan pandemik COVID-19.
"COVID-19 telah memberi kesan buruk terhadap golongan berusia dan keluarga yang berpendapatan rendah.
"Saya dan Blake akan menderma sebanyak 1 juta USD untuk disalurkan kepada Feeding America dan Food Bank Canada.
"Jika anda mampu memberi, dua organisasi ini memerlukan bantuan anda semua," tulisnya.
Dalam pada itu, Ryan turut menyeru orang ramai untuk menjaga kesihatan masing-masing dan menghubungi masyarakat terpencil yang mungkin memerlukan bantuan.
"Jaga diri anda, cari ruang untuk berasa gembira, sila hubungi mereka yang terpencil dan mungkin memerlukan bantuan," tulisnya lagi.
View this post on Instagram
I think we can all agree, Covid-19 is an asshole. If you’re able to help, visit, @feedingamerica and @foodbankscanada
A post shared by Ryan Reynolds (@vancityreynolds) on Mar 16, 2020 at 4:14pm PDT
Untuk perkembangan terbaru mengenai COVID-19 di Malaysia, jumlah kes setakat petang hari ini (19 Mac 2020) adalah sebanyak 900 kes secara keseluruhan.
75 daripada jumlah itu telahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital. Setakat ini, Malaysia hanya mencatatkan dua kes kematian.
Mari kita sama-sama menghentikan penularan COVID-19 dengan segera. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
#Ryan Reynolds
#COVID-19
#Deadpool
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement