gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kontroversi Anak Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Selamat Bersalin! DJ Panda Titip Doa Menyentuh Hati - “Kehadiran Mu Adalah Bukti…”
HIBURAN
Demi Sebuah Karya ‘Agung’ Melly Goeslaw, Misha Omar Nekad Untuk…
HIBURAN
Viviana Lin, Wanita Iban Pertama Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Pelakon Diberkas! Pandu Myvi Cara Berbahaya Sehingga Menyebabkan Kekasih Tercampak

Gempak
Gempak
29/12/2022
02:28 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Diberkas! Pandu Myvi Cara Berbahaya Sehingga Menyebabkan Kekasih Tercampak
Seorang pelakon diberkas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (Duke) di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan kemudiannya tular di media sosial.
"Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek dengan tiba-tiba menukar lorong secara melulu.
"Perodua Myvi tersebut kemudiannya hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, impak pelanggaran tersebut mengakibatkan kekasih suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 25 tahun itu tercampak keluar.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan.
"Siasatan juga mendapati berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa ketika kejadian," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon diberkas
#Pelakon pandu Myvi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement