Laman Utama
"Pelakon Dulu Reserved, Pelakon Sekarang Playful Tapi Cepat ..." - Bade Azmi
Pengarah drama rantaian Hati Yang Dikhianati, Bade Azmi menyifatkan pelakon generasi kini lebih terbuka dan 'tidak serius' seperti dahulu.
Jelas Bade yang sudah lebih 30 tahun bergelar pengarah filem dan drama, pelakon kini lebih mudah membina hubungan rapat kerana mereka lebih banyak terdedah dengan persekitaran semasa.
"Pelakon muda kini, mereka tak serius macam dulu. Kalau dulu pelakon ada perasaan patuh hormat, kini mereka tak takut-takutu.
"Hal itu kerana mereka lebih banyak terdedah dan menjadikan mereka mudah bergaul, tak pemalu dan senang bekerja sebenarnya.
"Playful tapi senang beradaptasi, hari pertama masuk set pun dah boleh bergurau senda dengan mereka. Kalau pelakon dulu, mungkin kerana kurang pendedahan, mereka lebih reserved," katanya memberi pandangan.
Bade yang mengarahkan drama rantaian Hati Yang Dikhianati kini teruja memulakan semula penggambaran drama itu setelah beberapa bulan tertangguh kerana lockdown.
"Sebenarnya tak banyak beza daripada awal penggambaran drama ini, dari mula lagi pun kita sudah dalam tempoh PKP dan banyak SOP yang kita harus patuh.
"Tapi berdasarkan pengalaman, banyak cara boleh uruskan cuma skop kita lebih terkongkong terutama penggambaran outdoor. Itu cabaran paling besar bagi saya. Lokasi juga banyak yang tak membenarkan kita," katanya ketika ditanya mengenai cabaran mengarahkan Hati Yang Dikhianati.
Drama bersiri Hati Yang Dikhianati akan kembali disiarkan bermula 22 Oktober ini dengan kisah yang lebih panas dan pergolakan mendebarkan.
Hati Yang Dikhianati akan bersiaran pada pukul 6 petang di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video