Pelakon Erynne Erynna atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah, 24, selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

Erynne yang merupakan pelakon kanak-kanak popular satu ketika dahulu bersyukur kerana dapat merasakan pengalaman yang sangat indah dan bahagia saat bergelar ibu.

“Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything.

“Medinah, dilahirkan pada 9 Ogos 2020 pada jam 2:31 pagi.

“Subhanallah, ia sesuatu yang magika, indah dan bahagia serta sangat lah sakit bearable day in my life,” katanya.

Eryyne berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, dia memuat naik foto bayinya.

Pelakon itu turut memgucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan saya, saya benar-benar terharu,” katanya lagi.

Erynne telah berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 17 April 2019.

Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything. Medinah, was born on the 9th of August 2020 at 2:31am. Subhan’Allah, it was indeed the most magical, wonderful, happiest and extremely painful but bearable day in my life ( that I won’t lie about ? ) And thank you so much everyone for all your kind doa’s and wishes, i am truly blessed ??❤️ #alhamdulillah #naturalbirth #normaldelivery #babygirl #augustbaby

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on