Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pelakon Farisha Irwayu Positif COVID-19 Tahap 3 - "Batuk Masih Kuat, Sakit Belikat Belakang Pinggang"

Amri Hassan
22/04/2021 12:20 MYT
Pelakon Farisha Irwayu memaklumkan dirinya kini positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang sejak 19 April lalu.

Berkongsi perkara terbabit di Facebook, jelas Farisha, 52, dia membuat ujian calitan selepas mengalami gejala batuk dan demam berterusan selama seminggu.

"Hari ni masih batuk kuat, sakit belikat belakang pinggang. Sesiapa sahaja di luar sana kalau ada sikit-sikit, batuk atau demam, jangan ambil remeh.

"Cepat-cepat buat swab test ya.. Jangan jadi macam saya, dah seminggu batuk demam tak kebah, sampai hilang deria bau dan rasa baru nak buat swab test.. rupanya Covid-19. Sama-sama kita jaga kita ya," tulisnya.

Farisha yang pernah popular menerusi slot drama Spektra suatu ketika dahulu memaklumkan dia dipakaikan gelang berwarna biru dan putih sebagai tanda pesakit tahap tiga.

"Alhamdulillah.. sebelum tu, selesai scan paru -paru, x-ray paru-paru dan ambil darah.

"Saya dipakaikan gelang bewarna biru, dan putih sebab Covid-19 stage 3.

"Teruskan berdoa untuk saya ya keluarga dan sahabat maya tersayang. Semoga Allah terus beri saya kesihatan yang baik di bulan Allah yang mulia ini," tambahnya.

Selain Farisha, suaminya, Tuan Asmawi Tuan Umar, 46, juga disahkan positif Covid-19 sehari selepas dia dimasukkan ke pusat kuarantin.

#pelakon #Farisha Irwayu #Positif #COVID-19 #Kuarantin #Spektra
;