Hollywood

Pelakon Filem Frozen 2 & James Bond Positif Covid-19

Amri Hassan
18/03/2020
02:50 MYT
Dua aktres filem Frozen 2 dan James Bond Quantum Solace, Rachel Matthews dan Olga Kurylenko disahkan positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram kedua-dua pelakon wanita itu.
"Hai kawan-kawan, saya telah disahkan positif Covid-19 dan telah menjalani kuarantin sejak minggu lalu.
"Proses ini akan dilakukan sehingga arahan selanjutnya," tulis Rachel yang pernah menyumbangkan suaranya untuk karakter Honeymaren dalam Frozen 2.
Hal yang sama dilakukan Olga yang mula mengalami simptom Covid-19 sejak minggu lalu.
"Saya sebenarnya sudah mulai demam dan keletihan sejak minggu lepas," maklumnya pada Ahad.
Sebelum ini, pelakon Idris Elba dan Tom Hanks telah disahkan positif Covid-19.
BACA: “Saya Okay…” – Positif COVID-19, Idris Elba Nasihat Usah Panik, Duduk Rumah Dan Kuarantin
BACA: Tom Hanks Sahkan Dirinya dan Isteri Positif COVID-19
Wabak pandemik Covid-19 sehingga kini telah membunuh lebih 7,965 orang dari seluruh dunia.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.