Pelakon General Hospital, Johnny Wactor Maut Ditembak Pencuri
Maliah Surip
28/05/2024 16:55 MYT
28/05/2024 16:55 MYT
Salah seorang pelakon drama terkenal General Hospital, Johnny Wactor dilaporkan maut selepas terkena tembakan daripada pencuri yang ingin mencuri sebahagian barangan dari kenderaan miliknya.
Wactor, 37, meninggal dunia dalam keadaan cedera parah selepas mendekati tiga lelaki yang kelihatan sedang ‘melakukan sesuatu’ di kenderaannya di tempat parkir kereta di Los Angeles.
“Selepas lebih sedekad bersama kami, pemergiannya telah meninggalkan kesan di hati,” tulis kenyataan yang dikeluarkan,” lapor BBC.
Wactor, 37, meninggal dunia dalam keadaan cedera parah selepas mendekati tiga lelaki yang kelihatan sedang ‘melakukan sesuatu’ di kenderaannya di tempat parkir kereta di Los Angeles.
BERITA TRENDING: Pempengaruh TikTok Popular Iran Maut Ditembak Di Hadapan Rumah
Ibunya, Scarlett memberitahu Wactor ternampak ada individu berhampiran keretanya.“Dia kemudian tanpa rasa curiga mendekati mereka dan bertanya mengenai apa yang sedang berlaku sebelum ditembak. Ini adalah pembunuhan yang sangat teruk,” ujarnya.
Pelakon baik
Pihak agensi pelakon tersebut menyifatkan Wactor sebagai seorang individu yang sangat baik dan memahami.“Selepas lebih sedekad bersama kami, pemergiannya telah meninggalkan kesan di hati,” tulis kenyataan yang dikeluarkan,” lapor BBC.