Berita
Pelakon Jadi Kru Belakang Tabir? Ini 7 Sebab Mengapa Wajib Tonton Bikin Filem
Menampilkan ramai bintang hebat, filem terbaharu Astro Shaw iaitu Bikin Filem akhirnya kini temui penonton mulai hari ini, 5 November 2020.
Filem yang ditayangkan secara eksklusif di Astro First itu mendedahkan realiti dalam pembikinan filem dan dalam masa yang sama menyuntik elemen komedi yang berbeza.
Diarahkan oleh pengarah Latiff Azmi atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler, bakal membuatkan penonton terpaku di depan televisyen.
Di sini, Gempak senaraikan 7 sebab mengapa anda wajib tonton Bikin Filem:
#1 Realiti Pembikinan Filem
Tidak ramai yang tahu bagaimana proses sebuah filem itu dihasilkan tapi menariknya dalam Bikin Filem ia bakal memaparkan realiti sebenar pembikinan filem itu sendiri. Penonton akan dibawa mengenali kru-kru yang terlibat secara tidak langsung dalam filem ini.
Dari situ juga ia dapat membuka minda penonton bahawa bukan mudah sesebuah babak atau aksi itu hendak dijayakan.
#2 Komedi
Berbeza dengan filem komedi lain, Bikin Filem memaparkan komedi serta diselitkan dengan isu dan mesej tersirat yang berlaku dalam industri perfileman. Secara tidak langsung hiburan dalam filem ini dapat dipaparkan dengan cara berbeza dan menarik.
Sebagai contoh, eksekutif produser mengata pengarah dalam bentuk komedi tetapi dalam masa yang sama mereka mendedahkan tugas mereka yang dilihat agak berat dalam sesebuah filem.
#3 Pelakon Super Star
Menariknya lagi Bikin Filem menampilkan ramai pelakon hebat dalam industri. Meskipun mereka hanya muncul beberapa babak tapi lakonan yang diberikan bakal memberi impak dan keterujaan kepada penonton.
Bintang-bintang yang terlibat dalam filem ini adalah seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.
#4 Bintang Jadi Kru Filem
Selalu kita hanya lihat pelakon berlakon dengan pelbagai watak dan drama tapi pernah tak anda terfikir pelakon ini pula yang menjadi kru dibelakang tabir? Itu semua akan ditonjolkan dalam Bikin Filem. Penonton akan melihat buat pertama kalinya Azhan Rani menjadi pengarah yang sering pecah kepala memikirkan kru produksinya.
Sharifah Sakinah menjadi floor manager yang sensitif, Azhar Sulaiman pula menjadi pengarah kreatif untuk props filem yang gila glamor serta ramai lagi.
#5 Ramai Pelakon Tambahan
Bukan sahaja mempunyai 12 pelakon hebat dan popular malah filem ini mempunyai bilangan pelakon tambahan yang ramai dari filem biasa iaitu sehingga 31 orang kerana ia membabitkan kru produksi yang perlu berlakon dalam filem itu. Bayangkanlah bagaimana pengarah nak kendali pelakon sebanyak itu.
#6 Perli Dunia Lakonan Tempatan
Bukan senang kita nak lihat filem tempatan sendiri ‘menganjing’ dunia lakonan. Bak kata pengarahnya, ia bagai meludah ke langit kerana apa yang dipaparkan seolah-olah menonjolkan kelemahan dalam sesebuah produksi. Namun ia sekadar hiburan bagi menyuntik elemen komedi yang secara tidak langsung memberi mesej tersirat dan berkait rapat dengan industri perfileman.
#7 Panggung Wayang Rumah Anda
Apa-apa pun filem ini wajib ditonton bukan sahaja kerana elemen hiburan yang ditonolkan tetapi ia hanya boleh ditonton dengan mudah di panggung wayang rumah anda iaitu Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand.
Mudah sahaja, dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.
Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.
Saksikan filem Bikin Filem yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First mulai 5 November ini.